Selepas lama menyepi dan mendiamkan diri susulan isu berkaitan Ebit Lew, Mondy Tattoo muncul di media sosial dengan mendedahkan bahawa dirinya kini sudah berbadan dua dan sedang sarat hamil lapan bulan.
@mondy_tatto #tato #galau #punk #sad #fyppppppppppppppppppppppp #fb #hamil #bumil
Sarat Hamil Lapan Bulan Tanpa Suami
Dalam video yang dikongsikan oleh Mondy di laman TikToknya, terlihat jelas dia mengusap perutnya yang semakin membesar, menandakan saat kelahiran bayinya semakin dekat.
Mondy turut meluahkan rasa kecewa terhadap lelaki yang menghamilkannya, menggambarkannya sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak layak digelar bapa kerana membiarkannya menghadapi situasi ini sendirian tanpa sebarang belas kasihan.
“Hamil tanpa suami itu tidak mudah. Harus kuat ya Mon (Mondy). Hamil tanpa suami, lelaki yang tidak bertanggungjawab tidak pantas untuk dipanggil ayah,” luahnya.
Reaksi Netizen
Walau bagaimanapun, ramai dikalangan netizen yang agak keliru dengan kenyataan tergantung yang ditulis Mondy sama ada dia sudah berkahwin, atau pun hamil anak luar nikah. Hal ini kerana Mondy tidak pernah mendedahkan status perhubungannya dengan sesiapa di media sosial.
Kredit: TikTok mondy_tatto