Handphone semakin slow? Memori pun dah penuh dengan gambar dan video? Nak delete satu persatu tu, memang makan masa lah kan.


Kalau nak tahu, sebenarnya ada je cara mudah tanpa membuang masa berjam-jam lamanya untuk backup semua gambar yang kita snap dalam phone disimpan dalam ‘cloud’ dalam apps yang bernama Google Photo.

1.Buka aplikasi Google Photo

Elok check handphone dulu sebab ada sesetengah android memang dah siap-siap pre install.

Tapi kalau tiada, korang kena download sendiri. Lepas download, klik open.


2. Sign in ke Gmail

Korang kena sign in Gmail account yang sama dengan gmail account yang handphone korang guna tu.

Email yang sama akan mudahkan process synchronize segala detail yang Google inginkan.

3. Biar Google Photo backup semua gambar

Ini adalah interface Google Photo, kebiasaannya apps ni akan dapat detect terus semua gambar dan video yang kita snap guna camera phone.

Korang tak perlu buat apa-apa, biar Google Photo backup semua gambar dan video yang ada dan semuanya akan tersusun mengikut tarikh diambil.

4. Pilih High Quality atau Raw Image

Setiap gambar yang di backup adalah High Quality. So storage adalah unlimited dan tiada masalah kalau nak backup beribu-ribu keping gambar pun.

Tapi kalau korang pilih Raw Image, storage akan limited kepada 15 GB sahaja.

5. Automatically delete

Apabila setting ini di aktifkan, Google Photo akan memadam semua gambar yang ada di handphone korang secara automatik. Semua gambar dan video akan selamat disimpan secara cloud.

Mudah kan? Jadi lepas ni tiada lagi masalah handphone slow gara-gara memori penuh! Jangan lupa share supaya ianya dapat memberi manfaat kepada pengguna yang lain.

[fbcomments]