fbpx

Akibat kerosakan pada pelindung skrin telefon pintar yang retak, seorang lelaki sanggup mengasari seorang pekerja wanita dengan menamparnya di sebuah premis peralatan telekomunikasi yang dipercayai berlaku di Pagoh, Muar, Johor pada Rabu semalam.

Bertindak Tampar Pekerja Sebab Tak Puas Hati Dengan Hasil Kerja

Menurut sumber Kosmo!, kejadian tersebut difahamkan berlaku apabila lelaki terbabit memarahi pekerja wanita selepas skrin pelapik telefonnya pecah dan rosak teruk. Pekerja tersebut cuba membantu sehabis baik, namun lelaki berkenaan secara tiba-tiba bertindak luar kawalan dengan menampar dan memaki mangsa kerana tidak berpuas hati dengan hasil kerjanya.

Pekerja Wanita Lawan Balik

Terkejut dengan serangan yang dilakukan, pekerja wanita tersebut kemudiannya membalas serangan itu dengan mencampakkan beberapa barangan berupa bekas kosong ke arah lelaki terbabit. Dalam video yang berdurasi seminit 38 saat, turut didengari tangisan kanak-kanak yang dipercayai adik kepada mangsa yang ketakutan ketika kejadian.

Pergaduhan antara mereka berakhir selepas si pelaku beredar daripada premis tersebut selepas dihalau pekerja berkenaan. Setakat ini tiada sebarang kenyataan dari pihak polis berhubung kejadian dan mangsa juga difahamkan tidak membuat sebarang laporan berkaitan hal tersebut.

Kredit: Kosmo!

[fbcomments]