Tanpa menyebut nama dan hanya memuat naik artikel memaparkan gambarnya bersama Ustaz Ebit Lew, usahawan dan penyanyi rap popular, Caprice memohon agar individu yang sebelum ini menganiayanya memohon maaf.


Menerusi Instastory di Instagram, Caprice berkata, tidak kisah seseorang itu memakai pakaian apa sekali pun, sebagai manusia kita sememangnya tidak dapat melarikan diri dari melakukan kesilapan.

Selepas semua ancaman bunuh, caci maki, ugutan serta bermacam lagi yang saya lalui. Caprice harap dia meminta maaf secara terbuka kepada saya dan orang lain yang dianiaya.

Tidak kisahlah kita memakai baju apa, manusia memang tidak boleh lari dari kesilapan. Caprice mendoakan agar dia dan kita semua sentiasa bertaubat. Allah sayang.

Semalam, satu lagi ujian apabila kontroversi yang melibatkan pendakwah itu kembali meledak setelah sekali lagi dihimpit dengan dakwaan yang besar iaitu hubung kait dengan dakwaan serangan seksual.

[fbcomments]