Sebuah majlis persandingan yang pada awalnya berlangsung penuh meriah bertukar hiba selepas bapa kepada pengantin lelaki disahkan meninggal dunia ketika majlis masih berlangsung.
@fotorasi Majlis bertukar berduka , ajal maut di tangan tuhan , semoga arwah ditempat orang orang beriman . Sama kita sedekah Al-fatihah
Majlis Perkahwinan Bertukar Sayu, Bapa Pengantin Lelaki Disahkan Meninggal Dunia
Peristiwa menyayat hati itu dirakam jurugambar majlis sebelum dikongsikan menerusi akaun TikTok @Fotorasi. Rakaman tersebut memaparkan suasana majlis berubah menjadi sebak apabila ahli keluarga serta tetamu yang hadir tidak dapat menahan linangan air mata sebaik menerima berita berkenaan.
Dalam video yang kini tular, kedua-dua mempelai jelas dilihat menitiskan air mata, manakala suasana di sekitar majlis turut dipenuhi tangisan dan kesedihan. Jurugambar berkenaan menerusi kapsyen ringkas menzahirkan ucapan takziah serta menyeru orang ramai menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah, sambil mengingatkan bahawa ajal dan maut adalah ketentuan Ilahi.
![]()
Kisah itu mendapat perhatian luas di media sosial dengan lebih dua juta tontonan serta ribuan komen setakat ini. Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan berkongsi pengalaman kehilangan insan tersayang dalam situasi serupa, selain mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta keluarga pengantin diberikan ketabahan menghadapi ujian tersebut.
![]()
Kredit: TikTok fotorasi