fbpx

Satu persatu mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina selamat dikebumikan dengan baik dan sempurna. Pusara Kapten Shahrul Kamal Roslan yang terkorban dari tragedi itu menjadi perhatian ramai apabila tanah di dalam liang lahadnya berwarna seakan-akan pelangi.

Keadaan Kubur Umpama Pelangi

Berdasarkan video yang dimuatnaik oleh @thejaws di laman TikTok, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Klang pada Ahad. “Hari ni dah hari masuk hari ketiga dah, jenazah yang ditunggu-tunggu, kapten kapal terbang tak kunjung tiba lagi. Kemungkinan, inshaAllah lepas Zohor atau Asar hari ini, Ahad”.

“Kebetulan hari ini ada satu lagi kematian. Seawal 7 pagi dah punchcard kat sini. Jadi, ada yang teruja dengan keindahan pelangi ni. Pandangan dari lubang kubur dia, ia macam berlapis-lapis macam ni. Merah, coklat sikit, merah, hitam, ni kekuningan, sini hijau-hijau sikit dan membawa ke kuning. Ada lapan warna berbeza”, kata penggali kubur yang juga merupakan pemilik video berkenaan.

Salah Satu Tanda Husnul Khatimah

Selepas video tersebut tular, ia sejurus telah meraih perhatian pendakwah Jafri Abu Bakar yang memberi reaksi positif berkenaan liang lahad si mati.

“Mudah-mudahan ia merupakan salah satu tanda-tanda husnul khatimah kepada si mati. Allah boleh bagi sebarang tanda supaya manusia yang hidup boleh ambil iktibar atas apa yang berlaku. Apabila dia meninggal terbakar, itu juga salah satu syahid. Mudah-mudahan akan dikurniakan oleh Allah kebaikan-kebaikan nanti di alam barzakh dan kiamat. Kita semua ambil iktibar apa yang kita saksikan”, ujar Jafri mengulas video tersebut.

Reaksi Netizen

Menjengah di ruangan komen TikTok @thejaws, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sayu, dan kagum pada masa yang sama kerana itu adalah bukti kekuasaan Allah.

Kredit: TikTok thejaws, Instagram jafrimahmoodi

[fbcomments]