fbpx

Pelakon senior iaitu Kamal Bakar, 62, dilaporkan telah ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital Melaka disebabkan kekurangan oksigen dalam badan akibat masalah paru-paru yang dihidapi.

Ditidurkan Sejak Malam Isnin

Memetik laporan Oh!Bulan, khabar tersebut dimaklumkan oleh anaknya yang juga merupakan seorang pelakon bernama Hanis Kamaruldzaman, 35, dan memberitahu bapanya mula menunjukkan perubahan pada  petang Isnin apabila hanya mendiamkan diri dan tidak banyak bercakap.

“Ayah saya sekarang masih ditidurkan sejak malam Isnin kelmarin. Pihak hospital sedang sedaya upaya mengesan masalah paru-paru yang dialami itu adakah disebabkan kanser yang dihidap atau jangkitan kuman.

“Dia ditidurkan berpunca daripada oksigen drop. Dia mulanya sesak nafas sewaktu di rumah. Pada petang Isnin itu dia macam dah nampak lain, bila kita panggil nama dia, dia diam sahaja dan tidak menyahut. Tetapi mulut bergerak macam sedang berzikir.

“Kemudian panggil ambulans, doktor sampai rumah tengok keadaan ayah semua dan mendapati oksigen rendah dan terus bawa ke hospital”, ceritanya.

Bapa Meracau Sebab Oksigen Yang Dibekalkan Tidak Mencukupi

Tambah Hanis lagi, bapanya mula meracau  selepas oksigen yang dibekalkan tidak mencukupi. Susulan itu, doktor mengambil keputusan untuk menidurkan bapanya semula.

“Di hospital, doktor kata, pada satu tahap ayah macam dah meracau. Maknanya bantuan pernafasan yang diberikan tidak cukup, oksigen yang diterima tidak cukup. Pihak hospital ambil keputusan untuk tidurkan ayah”, katanya sambil memberitahu masalah paru-paru yang dihidapi bapanya mula dikesan sejak Mac lalu apabila dia kerap batuk.

Selepas mengesan simptom yang dialami bapanya, ibu hanis kemudiannya meminta bapanya untuk menjalani pemeriksaan kesihatan penuh dan dari situ beliau disahkan menghidap kanser paru-paru.

“Ayah sakit sebelum bulan puasa. Kami satu keluarga menganggap puncanya bermula daripada batuk. Tetapi dia susah sangat nak pergi hospital. Bila batuk hanya beli ubat di farmasi, sehingga masalah batuk itu berlanjutan selama dua bulan.

“Sampai satu tahap, saya paksa dia pergi klinik. Doktor kata sudah ada jangkitan kuman pada paru-paru disebabkan batuk terlalu lama. Kemudian bawa ke hospital dan dapatkan ubat. Mak saya minta ayah buat full check up untuk kesan apa sebenarnya sakit dia.

“Selepas buat full medical check up, kesan ada ketumbuhan di bahagian dada dan usus. Selepas sample diambil, doktor sahkan usus dia dalam keadaan baik tetapi doktor sahkan ada kanser di dada”, luahnya di akhir kata.

Kredit: OhBulan!

[fbcomments]