Sebelum ini balu Abam, Siti Norhidayah Mohd Ali ada membuka mulut bahawa dia dan anaknya, Hamzah terkena sihir sejak pemergian Abam 3 tahun lalu.
Video yang dimuatnaik ke Instagramnya itu bertujuan untuk mencari pakar perubatan Islam yang dapat membantu mereka sekeluarga dari gangguan sihir tersebut.
Hari ini, abang Hidayah membuat perkongsian tentang keadaan anak Hidayah iaitu Hamzah atau nama manjanya ‘ucuk’. Hamzah menderita masalah urat saraf yang telah membuatkan kanak-kanak berusia 3 tahun itu tidak dapat mengangkat sudu, melukis mahupun menulis seperti biasa.
“Sampai dah nak nyawa2 ikan kau buat pada hamzah, mulut berbuih, Budak bukan lawan kau!”
Pendedahan di buat Mohd Azmier, Hamzah telah menderita penyakit misteri tersebut sedari bayi lagi. Tidak sanggup melihat perkara tersebut, abang kepada Hidayah meminta agar ada yang tampil membantu mereka menyembuhkan sakit Hamzah dan Hidayah sekali gus merungkai gerangan si penyihir.
Kelihatan Hidayah turut meninggalkan komen di posting tersebut. Dia meninggalkan pesanan iaitu orang yang buat jahat kepada seseorang tidak akan selamat dunia akhirat.
Sumber: Facebook Mohd Azmier Zmier