Satu hantaran yang dimuatnaik di laman Twitter oleh @syahmiAzhari telah menarik perhatian ramai netizen terhadap hantaran berkenaan minyak petrol milik keretanya telah dicuri ketika beliau berada di Singapura.
Beliau menyatakan bahawa beliau memandu kereta berwarna putih, dipecayai jenis Ford Fiesta ke negara sebelah, namun beliau tidak menyangka minyak petrol keretanya itu dicuri dan kehilangan sejumlah minyak daripada kenderaannya.

“Pergi Ke Singapura Membawa Kereta, Minyak Kena Curi Da”
“Pergi ke Singapura membawa kereta, minyak kena curi da”, ucapan ringkas yang ditulis olehnya di laman Twitter sambil disertakan gambar keretanya sebagai bukti untuk tontonan netizen.
Berdasarkan gambar yang dimuatnaik oleh beliau, penutup tempat mengisi minyak kenderaannya itu dalam keadaan terbuka.
Reaksi Netizen Di Twitter
Meninjau di ruangan komen, kesemua netizen yang meninggalkan komen itu sangat tidak menyangka negara yang dikatakan kelas pertama bersikap tidak bermoral sebegini.


Kredit: Twitter syahmiAzhari