fbpx

Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika mendaki di Bukit Broga, Semenyih, Selangor pada Isnin ditemukan meninggal pada Selasa.

Punca Kematian Kemungkinan Terjatuh Ketika Mencari Ibu Bapanya

Memetik laporan Majoriti Official, mangsa yang bernama Adi Putra Effendi, 16, ditemui oleh pasukan bomba dan sukarelawan sekitar jam 3.42 petang dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Difahamkan kematian mangsa dipercayai berpunca akibat mangsa terjatuh ketika mencari ibu bapanya.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Wan Razali Wan Ismail memaklumkan bahawa sepasukan anggota dari BBP Semenyih bersama polis, malim gunung, renjer hutan, Angkatan Pertahanan Malaysia dan bomba sukarela telah digerakkan ke lokasi.

“Gerakan mencari dan menyelamat merangkumi pencarian puncak satu hingga puncak tiga dengan keluasan 1.5 kilometer.

“Pasukan penyelamat telah menemui mangsa pada jarak 100 meter dari pintu gerbang Bukit Broga pukul 2.50 petang tadi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mangsa Dikatakan Terjatuh Sedalam 10 Meter Dan Meninggal Dunia

Jelasnya lagi, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana dipercayai terjatuh gaung pada kedalaman 10 meter dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan pukul 3.42 petang.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Hulu Langat, Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz mengucapkan ucapan takziah menerusi laman Facebook peribadinya pada Selasa.

“Mendapat perkhabaran duka, remaja yang dilaporkan hilang di Bukit Broga semenjak petang semalam (Isnin) iaitu adik Adi Putra Effendi telah pun ditemui.

“Semoga ALLAH merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman,” tulisnya.

Kredit: Majoriti Official

[fbcomments]