Daripadanya kita datang, dan kepadanya jualah kita kembali. Seorang penghantar makanan maut selepas merempuh sebuah lori yang berhenti di tepi jalan di Kilometer B.05 Lebuhraya Besraya.

Mangsa yang maut dikenali Muhammad Faizal Yahya berusia 29 tahun. Arwah meninggalkan seorang balu dan dua orang anak yang masih kecil.

Menurut laporan, arwah meninggal dunia di lokasi kejadian kerana parah di kepala.

Siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah lori yang berhenti di lorong kiri jalan dengan memasang lampu berkembar selepas mengalami masalah pada tayar hadapannya.

Kira-kira 10 minit kemudian, datang sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR ditunggang mangsa melanggar belakang lori yang dipandu lelaki berusia 52 tahun itu.

Menerusi laman Facebook, isteri kepada arwah yang dikenali sebagai Puteri:

Assalamualaikum.. Sy isteri kepada muhammad faizal Bin Yahya Faizal Slayunk ingin memaklumkan bahawa suami sy telah…

Posted by Cik Puan Puteri on Isnin, 17 Ogos 2020
[fbcomments]