Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengesahkan gambar tular mengenai kebakaran membabitkan sebahagian bangunan sebuah resort peranginan lima bintang di Langkawi adalah benar.


Menurut Pengarah Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Kedah, Sayani Saidon, kebakaran melibatkan bangunan pengurusan di bahagian bumbung, empat tingkat dan kelas A.

Beliau memberitahu, kebakaran berlaku sebanyak 2 kali. Kejadian pertama berlaku, pada kira-kira 4 petang semalam sebelum kebakaran berulang di lokasi sama, pada 1.13 awal pagi tadi.

Sayani berkata, setakat semalam terdapat empat mangsa kakitangan hotel tersebut didapati mengalami sesak nafas dan muntah selepas membantu membuat pemadaman.


Katanya, pihak pemadam mengalami masalah bekalan air dan akses untuk melakukan pemadaman di bahagian atas bumbung tersebut.

Andaman Resort Langkawi terbakar 🙀

Semoga dipermudahkan segalanya buat pihak hotel.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/294913

Posted by Zyzool Mira Travel on Tuesday, January 12, 2021

[fbcomments]