Nampaknya ramai penduduk di sebuah hotel di Petaling Jaya berang kerana kediaman mereka mendapat risiko bahaya gara-gara telah dijadikan pusat kuarantin Covid-19.
Namun apa yang membuatkan mereka bengang dan kecewa ialah mereka selaku penyewa di situ tidak pernah diberi notis terlebih dahulu mengenai hal tersebut.
Sebenarnya hotel yang terletak di Damansara Perdana itu juga turut disewakan kepada penyewa jangka masa panjang.
Penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Thanusha itu mengatakan hotelnya yang dikenali dengan nama Qliq Damansara telah berubah menjadi pusat kuarantin setelah menghubungi pejabat kesihatan daerah Petaling ketika dia melihat kementerian kesihatan dan agensi kerajaan lain masuk ke perkarangan hotel yang memakai alat pelindung diri atau PPE.
Menurut kenyataan dari FMT, seorang pegawai polis di tempat kejadian memberitahu bahawa lebih kurang 128 orang telah dihantar untuk menjalani kurantin selama 14 hari setelah kembali dari luar negara.

Nampaknya pihak hotel ada menawarkan bayaran harga rata RM180 semalam untuk penginapan yang digunakan sebagai pusat kuarantin Covid-19.