Hubungan artis Shila Amzah dan pemperngaruh Ubai Mz bukan perkara rahsia lagi. Mereka juga sering berkongsi momen indah mereka di media sosial untuk tatapan peminat.

Perkongsian terbaru Shila atau nama sebenarnya  Nurshahila binti Amir Amzah pada Jumaat lalu menarik perhatian netizen apabila video tersebut memaparkan Ubai dan Shila berada di kedai barang kemas untuk mengambil cincin yang telah ditempah mereka terlebih dahulu.

“Today is the day when kita orang ambil cincin kita. No, cincin I je. Thank you sayang,” ujar Shila.

Ubai sempat bergurau dengan mengatakan dompetnya kini telah kosong selepas membeli cincin di kedai tersebut.

“Sama-sama. Datang lagi. Tinggal rama-rama je keluar,” balas Ubai sambil menunjukkan dompetnya.

@shilaamzahofficial

I said yes 💍 Terima kasih buat semua yang doakan baik2🤍

♬ original sound – tutordancetiktok💃🏼

“I said yes. Terima kasih buat semua yang doakan baik-baik,” tulisnya di kapsyen.

Walaupun tidak pasti sama ada video berkenaan memberi bayangan mereka akan melangkah ke fasa seterusnya ataupun tidak, namun ramai yang mengucapkan tahniah serta mendoakan supaya mereka terus bahagia.

Sekadar info, Shila Amzah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada 2018. Namun begitu, pada penghujung tahun lalu mereka telah sah bercerai. Hasil perkongsian hidup, Shila dan haris telah memperolehi seorang cahaya mata lelaki.

Sumber: TikTok Shila Amzah

[fbcomments]