Program i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka.


Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tidak kira sama ada disebabkan hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan, pencarum layak memohon untuk membuat pengeluaran daripada akaun satu KWSP.

Kemudahan pengeluaran simpanan akaun 1, bagi pencarum KWSP ini sangat membantu rakyat yang dalam kesusahan saat pandemik ini.

Bagaimana yang tak terjejas?

Namun bagi yang tidak terjejas, korang boleh baca penjelasan seorang pemuda bernama Akhtar Syamir ini.


Menerusi Facebook miliknya, Akhtar membicarakan pendapatnya mengenai pengeluaran i-Sinar.

Saya perasan ada di kalangan kita yang tidak mahu mengeluarkan duit KWSP melalui inisiatif i-Sinar.

Alasan utamanya adalah mereka dalam keadaan yang ok dan tidak memerlukan.

Benar, itu hak anda dan duit anda. Tetapi izinkan saya memberi cadangan mengapa anda perlu keluarkan juga duit KSWP itu.

Pertamanya, kita tidak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan. Sekarang kita ok. Kerja ada, gaji masih jalan, hutang semua dibayar dengan konsisten. Alhamdulillah.

Persediaan akan datang

Menurutnya, kita turut perlu memikirkan persediaan untuk sebarang kemungkinan mendatang.

Tapi bagaimana pula dengan esok dan hari seterusnya? Saya buka beberapa kebarangkalian.

1. Syarikat tempat kerja tiba-tiba tutup
2. Covid-19 menjadi lebih buruk sebagai contoh di UK
3. Kemalangan dan kematian atau jatuh sakit

Itu hanya contoh ringkas. Cuba fikirkan jika ianya terjadi? Adakah kita bersedia? Jika ya, adakah RM5,000 atau RM10,000 dari i-Sinar itu tak membantu langsung?

Percayalah yang apabila situasi ini terjadi, korang akan menangis menyesal kerana tak keluarkan duit KWSP pada waktu ini. Kerana bukan selalu boleh bawa keluar duit dari KWSP, akaun 1 pulak tu

Letak di Tabung Haji atau ASB

Kalau tiada apa-apa nak digunakan atau dibeli sekalipun, keluarkan sahaja. Letak dalam Tabung Haji atau ASB. Tabung Haji antara tempat paling stabil dan tidak dipertikaikan halal haramnya.

ASB pula masih ok dengan dividennya. Yang bising masa dividen ASB rendah sebelum ni adalah yang buat pinjaman ASB. Yang masukkan duit tunai, biasa ja. Tak rugi apa-apa pun.

Menurut beliau lagi, dengan menyimpan di ASB atau tabung Haji lebih mudah jika nak mengeluarkan duit itu apabila diperlukan saat terdesak atau terjadi sesuatu perkara yang tidak dijangka.

Lepas ni tiada lagi pengeluaran

Malah dia turut menegaskan, jika duit itu kekal di dalam KWSP, selepas ini tiada lagi pengeluaran akaun 1 yang boleh dibuat.

Jika tinggalkan dalam KWSP, kena berhenti kerja ke, gaji kena potong ke, nangislah macam mana pun, takkan boleh dah keluarkan duit dari akaun 1 lepas i-Sinar ni.

Berbanding dengan Tabung Haji dan ASB. Pengeluarannya lebih mudah bila keadaan memaksa.

Jadi, fikirkanlah. Saya sarankan korang hanya tukar tempat duit itu sahaja. Bukan saya sarankan korang habiskan duit tu.

Buatlah pilihan dengan bijak. Jangan rasa bersalah tak bertempat. Itu duit korang sendiri. Hasil titik peluh korang sendiri.

Kenapa nak letak dalam peti besi yang kuncinya dipegang oleh orang lain sedangkan kita boleh letak dalam peti besi kepunyaan kita sendiri?

Berhenti takut pada diri sendiri. Takut terbelanja dan sebagainya. Korang dah besar panjang. Saya pasti korang boleh kawal diri.

Jadi, sesiapa yang ingin menukar fikiran untuk memohon kategori 1 i-Sinar, korang masih ada masa kerana ia dibuka selama enam bulan dari tarikh yang diumumkan.

Bagi kategori 2 pula yang mula dibuka pada 11 Januari ini, korang juga diberi masa selama enam bulan untuk memohon.

[fbcomments]