fbpx

Menurut laporan mStar, ibu kepada pelakon Aida Aris, telah meninggal dunia pada jam 10.40 pagi, Selasa.

Ibunya yang bernama Siti Khadijah Abu Sujak meninggal pada usia 84 tahun.

Aida, 50 berkata dia melihat ibunya dalam keadaan tidak bernafas di ruang tamu rumah mereka sebelum dibawa ke klinik berhampiran sebelum diberikan bantuan pernafasan (CPR) selama 45 minit.

Bagaimanapun, sejurus selepas itu dokor mengesahkan ibunya sudah meninggal dunia.

Pelakon itu juga memaklumkan mStar bahawa Allahyarham sebelum in pernah dimasukkan ke hospital akibat paru-paru berair dan menerima rawatan selama dua bulan.

Video yang dimuat naik Aida Aris baru-baru ini.

“Dua bulan lepas ibu saya dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah paru-paru berair dan. Pada 13 Disember lalu baru dia dibenarkan pulang,”katanya.

Rakan artis yang lain turut meluahkan rasa sedih antaranya Sharifah Shahira membuat hantaran di Instagram agar ramai-ramai mendoakan Allahyarham.

Sumber: mStar

[fbcomments]