fbpx

Adik lelaki kepada Zayn Rayyan kini dilaporkan sedang berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, walaupun ibu bapanya sudah dibebaskan.

Adik Kepada Zayn Rayyan Dijaga JKM Selangor

Memetik laporan Harian Metro, difahamkan pihak JKM Selangor telah hadir ke rumah keluarga yang menjaga adik Zayn di Puncak Bestari dan membawanya ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Perkara tersebut turut disahkan oleh Pengarah JKM Selangor iaitu Azmir Kassim di mana terdapat keperluan untuk pihak JKM melakukan perkara itu.

“Bagaimanapun kita bawa dia ke hospital untuk tujuan pemeriksaan dahulu. Selesai laporan nanti baru kita tentukan macam mana tindakan akan diambil,” katanya.

Terdahulu, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf telah didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme yang berusia enam tahun itu, pada Disember tahun lalu.

Walau bagaimanapun, pasangan tersebut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000 seorang.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]