fbpx

Seorang remaja berusia 14 tahun menjadi yatim piatu dalam sekelip mata selepas ibu bapanya maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan S21/18, Damansara Utama hari ini.

Rumah Terbakar Awal Pagi

Memetik laporan Harian Metro, Peolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada jam 5.13 pagi tadi.

“Sebuah jentera dan pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dikerahkan ke lokasi kejadian bersama 10 anggota. Kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat yang terbakar di tingkat atas bahagian bilik tidur utama dan bahagian bawah di dapur,” katanya.

Tambahnya lagi, pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, namun ibunya yang bernama Leong Chen Mun, 55, dan bapanya Kang Tsi Yam, 61, maut dalam kejadian itu.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan pasukan anjing pengesan (K9) sudah dimaklumkan untuk hadir ke lokasi kejadian,”jelasnya sambil beliau berkata kemusnahan rumah akibat terbakar dianggarkan kira-kira 70 peratus.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]