Ibu bapa kepada kanak-kanak austime yang mati dibunuh pada tahun lalu, Zayn Rayyan Abdul Matiin dilaporkan mengaku tidak bersalah atas tuduhan bunuh, namun didakwa di Mahkamah Sesyen pada hari ini atas tuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan.

Didakwa Mengabaikan Anak Hingga Mendatangkan Kecederaan

Menerusi laporan Harian Metro, tertuduh iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Zaim Ikhwan yang dilihat memakai baju T berwarna hitam, manakala Ismanira berbaju merah telah mebuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Berdasarkan pertuduhan, pasangan suami isteri tersebut didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang berkemungkinan mendatangkan kecederaan fizikal.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya iaitu Ku Hayati Ku Haron manakala pembelaan oleh peguam Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat.

Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar Damansara Damai di sini, pada 12 tengah hari, 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember.

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan, 6, ditemui dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Mangsa dipercayai dibunuh selepas hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]