fbpx

Ibu kepada selebriti masakan terkemuka, Chef Wan telah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi (Khamis, 12 Januari).

Menerusi hantaran di Instagram, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuan Ismail memaklumkan ibunya yang berusia 93 tahun itu telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi.

Kredit:Majoriti

Allahyarhamah Noraini Abdullah atau mesra dikenali Che Ani sebelum ini telah dimasukkan ke Hospital Gleaneagles Ampang, Kuala Lumpur selama 10 hari akibat kanser dan beberapa kompilasi penyakit lain.

“Dengan penuh dukacita, ibu kesayangan saya telah meninggal dunia pada 6.20 pagi tadi dalam tidurnya”

“Semoga roh ibu dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa beliau serta ditempatkan bersama-sama orang yang beriman nanti,” kata Che Wan melalui hantaran di Instagram (IG).

Chef Wan memaklumkan jenazah ibunya akan dibawa ke Masjid Putrajaya sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Cyber 10, Cyberjaya.

Chef Wan juga berterima kasih buat semua yang menitipkan doa buat ibunya.

Sumber: Chef Wan

[fbcomments]