Seorang bayi yang berusia setahun enam bulan dilaporkan maut selepas dikelar sampai mati oleh ibunya sendiri dalam satu kejadian di kawasan perumahan yang terletak di Pasir Gudang, Johor pada tengahari Sabtu.

Siap Hantar Gambar Bayi Dikelar Pada Suami

Menerusi laporan Harian Metro, suspek bukan sahaja tergamak mengelar leher anaknya itu, bahkan turut menghantar gambar mangsa yang berlumuran darah kepada suaminya menerusi aplikasi Whatsapp.

Berdasarkan kenyataan daripada Ketua Polis Johor iaitu Komisioner M Kumar, beliau memaklumkan bahawa pihak mereka berjaya melakukan tangkapan ke atas suspek yang berusia 32 tahun sejurus menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 1.30 tengahari, Sabtu.

“Kita turut merampas sebilah pisau di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa. Permohonan reman terhadap suspek dibuat hari ini (semalam),” katanya.

Kumar turut menambah motif serta punca kematian mangsa masih lagi dalam siasatan mereka dan mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi proses bedah siasat.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]