Isu rumah tangga melibatkan penyanyi terkenal, Nubhan Ahamad dan isterinya, Dr Afifah Hidayah terus menjadi perhatian selepas muncul pelbagai dakwaan baharu yang dikongsi di media sosial sehingga menimbulkan spekulasi mengenai punca sebenar keretakan hubungan mereka.
![]()
Ibu Mentua Nubhan Didakwa Mahu RM5 Juta Jika Bercerai, Tuntut 50 Peratus Harta
Melalui satu hantaran di Threads, seorang pengguna memuat naik tangkap layar perbualan yang didakwa mendedahkan konflik dalaman pasangan berkenaan. Antara dakwaan yang dibangkitkan ialah tuntutan tinggi daripada pihak keluarga sebelah isteri. Menurut perkongsian tersebut, ibu mentua didakwa meminta pampasan berjumlah RM5 juta sekiranya Nubhan memilih untuk meneruskan proses perceraian. Selain itu, terdapat dakwaan bahawa Nubhan perlu menyerahkan 50 peratus daripada hartanya kepada Dr Afifah sekiranya perpisahan berlaku.
Dalam perbincangan yang dikongsi pengguna Threads itu, turut disebut isu melibatkan pembahagian tanggungjawab dan pengurusan keluarga. Dakwa mereka, Dr Afifah hanya hadir bekerja di klinik seminggu sekali namun menerima gaji setaraf jawatan tinggi, manakala selebihnya ditanggung oleh Nubhan melalui pendapatan syarikatnya sendiri. Perkongsian tersebut juga mendakwa bahawa beberapa tugasan asas seperti mengurus anak atau memasak sering diabaikan, sebelum menambah bahawa bapa mentua didakwa menukar sekolah anak-anak tanpa persetujuan Nubhan.
![]()
Pengguna media sosial turut menyuarakan pandangan mereka terhadap cara kedua-dua pihak mengendalikan kemelut ini. Ramai berpendapat Nubhan memilih untuk tidak mengaibkan sesiapa walaupun diuji dengan pelbagai dakwaan serta tekanan. Tindakan penyanyi berusia 39 tahun itu yang jarang memberi kenyataan terbuka dianggap sebagai tanda profesionalisme dan kematangan dalam mengawal situasi.
Untuk rekod, isu ini timbul selepas media melaporkan bahawa Nubhan telah memfailkan tuntutan hadanah penuh serta interim ke atas ketiga-tiga anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Prosiding tersebut difahamkan bermula sejak September lalu. Dalam masa sama, terdapat sejarah panjang dalam perkahwinan mereka apabila Nubhan pernah melafazkan talak pertama pada tahun 2017 ketika isterinya hamil enam bulan. Bagaimanapun, pasangan itu kembali rujuk namun lafaz berkenaan tidak dilaporkan secara rasmi kepada Mahkamah Syariah.
![]()
Pada Ogos 2025, Nubhan sekali lagi melafazkan talak kedua, dan ketiga-tiga lafaz tersebut di mana talak pertama (2017), rujuk, dan talak kedua difailkan untuk pengesahan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang. Dalam keadaan itu, proses perundangan masih berjalan dan butiran penuh tidak boleh didedahkan kerana berada dalam kawalan mahkamah.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3. Buat masa ini, anak-anak berada dalam jagaan ibu, namun Nubhan tidak dihalang daripada melawat mereka.
Kredit: Threads ridzuanhanif