Ibu kepada selebriti dan usahawan terkenal Neelofa, iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohammed, berkongsi khabar duka apabila disahkan menghidap kanser payudara tahap satu selepas menjalani pemeriksaan kesihatan baru-baru ini.

Video di bawah:
https://www.instagram.com/reel/DGYLmd6zzVa/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Ibu Neelofa Disahkan Hidap Kanser Payudara Tahap Satu, Keluarga Sebak Terima Berita

Menerusi temubual di podcast Don Cakap, Noor Kartini, 59, mendedahkan bahawa keputusan ujian biopsi yang diterimanya pada 17 Februari lalu mengesahkan diagnosis tersebut. Menurutnya, beliau menerima panggilan daripada pihak perubatan yang meminta agar ujian lanjut dilakukan susulan keputusan mamogram yang kurang memuaskan.

“Saya dapat panggilan kena pergi buat biopsi dan keputusan mamogram waktu tu kurang cantik. 20 Februari kemudian doktor hubungi saya dan beritahu keputusan penuh sudah keluar.

“Doktor didiagnos saya kanser payudara tahap satu,” ceritanya.

Meskipun berdepan ujian berat, Noor Kartini tetap tenang dan reda dengan ketentuan yang diberikan kepadanya. Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa berita tersebut memberi kesan mendalam kepada keluarganya, terutama suami dan anak-anak.

“Anak-anak dan suami sangat sedih, mereka menangis sebaik mengetahui berita ini. Malah, suami saya sampai tidak dapat tidur kerana terlalu risau,” luahnya.

Walaupun menghadapi cabaran besar, Noor Kartini tetap positif dan menganggap penyakit itu sebagai satu bentuk ujian serta anugerah daripada Allah SWT.

“Tapi saya anggap penyakit ini sebagai satu anugerah daripada Allah dan tersedar yang orang seperti saya pun boleh dapat kanser,” tambahnya.

Kredit: Instagram doncakap

 

 

[fbcomments]