Kemalangan ngeri melibatkan sebuah kereta Perodua Axia dan sebuah lori treler diKilometer 272.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang, petang semalam telah mengakibatkan tiga kanak-kanak lelaki maut dan ibunya cedera parah.
Ibu berusia 27 tahun itu memandu Perodua Axia dipercayai terbabas dan melanggar belakang treler.
Tiga anak meninggal dunia
Difahamkan wanita tersebut bersama anaknya dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang dari kampung halaman di Melaka sebelum terbabit kemalangan di Ipoh.
Ketiga-tiga mangsa yang maut adalah Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7, Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy berusia 1 tahun.
Posted by Aishah Lokman on Wednesday, December 16, 2020
Ceria pulang dari kampung
Bapa mangsa, Abdul Rahim Sidek menyatakan anak dan cucu-cucunya berada dalam keadaan ceria ketika pulang dari kampung di Melaka dan tidak menyangka ianya akan berakhir dengan tragedi tidak diingini ini.
Sebelum bergerak pulang ke Pulau Pinang, mereka ceria selepas bercuti di kampung.
Namun, sekitar jam 5.10 petang dia menelefon anak perempuannya dan panggilan tersebut dijawab oleh pihak polis dengan memaklumkan anaknya kemalangan bersama tiga cucunya.
Posted by Aishah Lokman on Wednesday, December 16, 2020