Seorang ibu merayu doa orang ramai buat anak perempuannya yang kini berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai ditolak rakan sehingga mengalami kecederaan serius di kepala.
![]()
Anak Kritikal Selepas Ditolak Rakan, Ibu Mohon Titipan Doa
Mangsa, Aisyah Sofia Rohaizan, dilaporkan mengalami retakan pada tempurung kepala, pendarahan dalaman, dan tidak sedarkan diri sejak kejadian berlaku. Menurut ibunya, Zalinda Lin, insiden itu dipercayai berpunca daripada tindakan seorang rakan yang menolaknya dengan kuat.
“Dengan penuh rasa rendah hati, saya memohon semua kenalan, sahabat dan ahli keluarga agar sama-sama menitipkan doa buat anak saya, Aisyah Sofia Binti Rohaizan, yang kini sedang bertarung nyawa selepas ditolak jatuh sehingga menyebabkan tempurung kepalanya retak, berlaku pendarahan dalam kepala dan tidak sedarkan diri.
“Saya tak tau dan tak boleh nak fikir sekuat mana kawan dia tolak sehingga menyebabkan kecederaan tersebut. Sesungguhnya saya redha dan cuba berlapang dada atas apa yang terjadi,” katanya.
![]()
Walaupun diuji dengan dugaan berat itu, Zalinda tetap berlapang dada dan menyerahkan segalanya kepada takdir. Dia berharap proses rawatan anaknya dipermudahkan serta Aisyah dapat kembali pulih seperti sediakala.
“Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, memudahkan segala urusan rawatan, melindunginya dari sebarang komplikasi, serta mengembalikan senyuman dan keceriaannya seperti sediakala.
“Semoga ada diantara kalian yang Allah angkat doanya. Amin,” ujarnya di akhir kata.
Kredit: FB Zalinda Lin