fbpx

Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang ibu yang sebak ketika mengumumkan majlis perkahwinan anak lelakinya terpaksa dibatalkan selepas calon pengantin perempuan menarik diri pada saat-saat akhir.

Video di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZS2GDgckh/

Pengantin Perempuan Tarik Diri Saat Akhir, Majlis Digantikan Jadi Doa Selamat

Melalui perkongsian pengantin lelaki yang dikenali sebagai Adam di TikTok, kelihatan ibunya menitiskan air mata ketika memaklumkan kepada tetamu bahawa pihak pengantin perempuan membatalkan perkahwinan tersebut hanya beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

“Dengan berat hati saya dan keluarga ingin memberitahu, atas sebab-sebab tertentu, pengantin perempuan telah membatalkan perkahwinan ini pada saat akhir, yang mana segala persiapan majlis di sebelah kami telah pun siap sepenuhnya,” kongsinya dalam video tersebut.

Meskipun berdepan situasi yang tidak diduga, keluarga Adam memilih untuk tidak membatalkan majlis itu kerana pelbagai persiapan sudah dilakukan.

Adam turut memutuskan untuk menggantikan majlis perkahwinannya dengan acara doa selamat yang diketuai oleh seorang ustaz bersama anak-anak dari maahad tahfiz.

“Saya tidak dapat membatalkan majlis kepada jemputan kerana ketika itu saya tidak mempunyai kekuatan.

“Saya juga tidak mampu untuk menjawab setiap soalan yang akan ditanya oleh jemputan.

“Jadi, saya mengambil keputusan untuk meneruskan majlis ini memandangkan persiapan telah dibuat dan pada masa sama, saya perlu memberitahu sendiri dalam majlis ini nanti.

“Saya dan keluarga telah mengadakan majlis doa selamat pagi tadi diketuai oleh ustaz dan anak-anak maahad tahfiz,” ujarnya.

Majlis doa selamat tersebut diadakan pagi itu dengan suasana penuh hiba, diketuai oleh ustaz dan disertai oleh anak-anak maahad tahfiz.

Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa keluarga Adam. Mereka turut bersimpati terhadap tindakan pihak pengantin perempuan yang membatalkan majlis di saat akhir, sekali gus mengakibatkan keluarga Adam menanggung malu.

Selain itu, terdapat segelintir netizen yang mencadangkan agar keluarga Adam mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pengantin perempuan sebagai pengajaran, memandangkan kerugian yang perlu ditanggung akibat peristiwa tersebut.

Kredit: TikTok Demflacco

[fbcomments]