Mencuri merupakan satu kesalahan jenayah tetapi dalam keadaan tertentu seperti tekanan kehidupan seseorang itu mungkin terpaksa melakukannya demi sesuap nasi untuk keluarga.
Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang terpaksa mencuri makanan dan ubat-ubatan di sebuah pasar raya di Petaling Jaya untuk anaknya yang sedang sakit. Difahamkan ibu tersebut telah ditahan pengawal keselamatan kerana mencuri kek pandan, sosej dan dua pek Kool Fever.
Oleh itu, kerana terkesan dan tersentuh dengan tindakan wanita tersebut, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal telah turun padang pada awal pagi tadi untuk melawat keluarga suspek di sebuah flat kos rendah di daerah berkenaan.
Jadi saya pun berasa terpanggil, untuk pergi berjumpalah dengan wanita ini. Saya percaya dia ada masalah, kalau tidak dia takkan buat perkara-perkara macam itu
Polis membawa bersama bakul hadiah dan sebungkus beras daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, selain beberapa barangan keperluan untuk keluarga itu.
Tidak ketinggalan, beberapa pek Kool Fever turut disumbangkan.
Kehadiran mereka menerima sambutan hangat daripada keluarga itu, terutamanya wanita dengan tiga anak yang masih kecil itu.

Ketika dihubungi kemudian, Nik Ezanee berkata polis mendapat tahu lima sekeluarga itu sedang berdepan masalah kewangan. Suami suspek bekerja sebagai juruteknik lif, tetapi pendapatannya terjejas teruk gara-gara perintah kawalan pergerakan (PKP).
Kalau lapar, kita (orang dewasa) boleh tahan lagi. Kalau anak-anak kita lapar, itu perkara lain.
Kata Nik Ezanee, dia sudah menasihatkan wanita itu agar tidak melakukan jenayah lagi, dan meminta wanita itu meminta bantuan daripada pusat zakat terdekat atau daripada masjid.
Malah, katanya, jika keluarga itu berdepan dengan situasi terdesak, dia mengalu-alukan mereka datang ke balai polis.
“One Good Deed A Day..”
Seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja…
PETALING JAYA, 21 Januari 2021 (Khamis) – YDH…
Posted by Polis Daerah Petaling Jaya on Wednesday, January 20, 2021