fbpx

Demi meneruskan hidup, ibu tunggal yang kematian suami sejak April lalu terpaksa menebalkan muka berhutang mee segera demi mengisi perut anak-anak daripada kelaparan.

Rini Mohd Yusup, 41, bersama tiga anaknya, Mohamad Safuan, 8, Mohamad Alsam, 6, dan Nor Saimah berusia 4 tahun tinggal di sebuah rumah di Kampung Limau Madu, Kuala Krai bayaran sewa bulanan sebanyak RM50 sebulan.

Terpaksa ambil alih tugas suami

Kehidupan ibu tunggal yang berasal dari Acheh, Indonesia yang selama ini sukar bertambah melarat sejak kematian suami, seorang warga Bangladesh menyebabkan dia bertekad untuk kembali semula ke kampung halamannya sebaik sempadan negara dibuka suatu hari nanti.

Dia berkata, kehidupan mereka sangat terdesak kerana kekangan sumber pendapatan memandangkan dia baharu saja diberi meneruskan kerja suaminya dengan menoreh getah.

Walaupun ibu ini tidak berapa mahir dengan pekerjaan itu, namun dia terpaksa juga teruskan demi kelangsungan hidup.

Rini yang dahulunya merupakan seorang suri rumah menyatakan bahawa pendapatannya kini terjejas memandangkan keadaan sekarang yang kerap hujan menyukarkan bagi dirinya untuk mendapat hasil.

Harapkan ihsan orang sekeliling

Jiran tetangga semua baik dan sentiasa menghulurkan bantuan termasuk makanan menyebabkan saya tidak sanggup untuk terus membebankan mereka.

Menurut Rini lagi, hidup berlapar seakan sudah lali bagi mereka malah pernah berhutang dua bungkus mi segera di kedai runcit untuk makan malam mereka empat beranak.

Malah kebiasaannya dia dan tiga anaknya hanya makan sekali sehari dan jika ada beras yang diberi jiran, mereka akan masak dan makan dengan berkuahkan budu sahaja.

Hutang di kedai runcit sentiasa ada sehinggakan saya sudah berasa malu untuk terus berhutang makanan tapi demi anak saya tebalkan muka kerana jika tidak, kami akan berlapar.

Saya sudah biasa hidup susah tapi apabila melihatkan wajah anak, kerap air mata ini jatuh kerana tidak mampu memberi keselesaan buat mereka.

[fbcomments]