Ibu kepada kanak-kanak autisme yang mati dibunuh bernama Zayn Rayyan Abdul Mateen dilaporkan dibawa ke kediaman mereka yang terletak di Damansara Damai untuk melakonkan semula kejadian.

Ibu Zayn Dibawa Semula Ke Rumah Untuk Lakonan Semula

Menurut laporan Harian Metro, difahamkan suspek tiba di lokasi kejadian pada jam kira-kira 10.15 pagi dengan menaiki sebuah van putih yang menuju ke Blok R kediaman terbabit.

Suspek dikatakan akan dibawa semula ke kediaman dan lokasi mayat kanak-kanak itu ditemukan, iaitu di saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman bagi melakonkan semula kejadian. Anggota polis turut dilihat membawa patung kanak-kanak namun ianya tidak pasti lagi tujuan kegunaan patung berkenaan.

Pada Jumaat lalu, polis menyambung reman ibu bapa kepada Zayn Rayyan bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan terhadap kedua-dua mereka.

Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan bahawa pasangan itu akan direman enam hari sehingga 13 Jun ini.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]