Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam mencatatkan peningkatan ketara kenderaan yang memasuki Malaysia pada Ahad berikutan situasi banjir di Hatyai, Thailand yang menyebabkan ramai rakyat terkandas dan berpatah balik.

Banjir Hatyai, ICQS Bukit Kayu Hitam Sesak Dengan Rakyat Malaysia Pulang

Laluan keluar menuju ke negara jiran pula dilaporkan lengang apabila sebahagian besar pelancong mengambil keputusan menangguhkan atau membatalkan perjalanan mereka susulan keadaan cuaca yang semakin buruk.

Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir menjelaskan bahawa pergerakan pelancong ke Thailand merosot dengan ketara, daripada 9,950 orang pada Jumaat kepada hanya 5,812 pada Sabtu.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya menunda dahulu perjalanan ke Hatyai dalam tempoh dua minggu sehingga keadaan banjir kembali pulih sepenuhnya. Mohd Nasaruddin turut memaklumkan bahawa setakat ini tiada laporan mengenai kerosakan pasport atau pas sempadan melibatkan rakyat Malaysia yang terjejas dalam insiden banjir tersebut.

Kredit: Sinar Harian

[fbcomments]