fbpx

Imam Masjid Al-Falah yang terletak di Kota Pekanbaru, Riau, Indonesia iaitu Yazid Umar Nasution selamat selepas ditikam di dada oleh seorang lelaki.

Menurut laporan Tribun News, imam berusia 36 tahun itu diserang suspek ketika sedang berdoa setelah selesai menunaikan solat Isyak bersama beberapa jemaah lain.

Menggunakan pisau pemotong sayur

Berdasarkan rakaman CCTV masjid, suspek yang memakai baju berwarna biru tiba-tiba muncul dari arah mimbar sebelum cuba menikam sebanyak dua kali dengan menggunakan pisau pemotong sayur sehingga bengkok.

Bagaimanapun, Yazid yang mengalami kecederaan pada bahagian dada sebelah kiri bertindak pantas dengan menendang suspek sehingga menyebabkan lelaki itu cuba melarikan diri sebelum ditangkap oleh para jemaah.

Memetik laporan Riau Online pula, suspek yang dikenali sebagai IM itu mengenali imam tersebut kerana pernah berkongsi cerita mengenai masalah hidupnya.

Difahamkan akibat tidak berpuas hati, suspek yang berusia 24 tahun bertindak sedemikian selepas masalah dihadapi tidak menemui jalan penyelesaian.

[fbcomments]