Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan pendedahan daripada bekas isteri Imam Muda Syed Faris mengenai masalah dalaman rumah tangga mereka.


Didakwa turut mengasari tanpa belas kasihan

Kisah Imam Muda Syed Faris yang menceraikan isteri pertamanya, selepas curang dan berkahwin dua serta merta menjadi buah mulut netizen Malaysia di rata-rata platform media sosial.

Apa yeng mengejutkan, tidak hanya meninggalkan isteri bersama lima cahaya mata, malah bekas finalis program realiti dakwah, itu didakwa turut mengasari Nur Hidayu tanpa belas kasihan.

Ugut nak ambil semua anak

Menurut Nur Hidayu Rosly, bekas suaminya itu turut mengugut untuk ambil lima cahaya mata mereka sekiranya dia berhasrat untuk berkahwin lain.


Imam Muda berkenaan turut menggunakan aplikasi pengesan untuk mengetahui gerak gerinya.  Syed Mohd Faris Syed Roslan turut memberitahu teman rapatnya, tiada siapa sanggup mengahwini ‘janda’ anak lima seperti bekas isternya itu.


[fbcomments]