fbpx

Pelakon terkenal Malaysia iaitu Uqasha Senrose telah menjadi perhatian netizen baru-baru ini atas sebab satu hantaran di laman Twitter yang mendedahkan seorang wanita yang mendakwa pernah dibuli oleh Uqasha sewaktu persekolahan dulu telah meninggal dunia.

Arwah Rakan Menghadapi Kesukaran Hidup

Berdasarkan hantaran yang dibuat oleh @wnhsevond di Twitter, beliau mendedahkan arwah rakannya itu turut menghadapi kesukaran hidup, tekanan dan sakit. Walaupun beliau masih kuat bertahan namun di akhir kehidupannya, beliau berkata dirinya sudah tidak larat lagi. Perkongsian tersebut turut dilihat bagai menyalahkan Uqasha atas apa yang telah berlaku ke atas rakannya itu.

“Zawani really had a tough life, depression, sakit lagi sakit yang tak kan boleh sembuh, hari2 dia battle untuk stay strong. The last word from her “taknak susahkan mama dah, taknak susahkan sesiapa dah”. Dia tak pernah cakap penat but before she passed away, she said i’m tired,” tulisnya.

Uqasha Ingin Berjumpa Dengan Rakan Arwah Untuk Selesaikan Isu

Menyedari isu tersebut mula tular dan mendapat perhatian netizen, Uqasha Senrose dilihat meninggalkan komen pada hantaran tersebut dan meminta individu itu untuk berjumpa dengannya bagi menyelesaikan isu berkaitan. Sebelum ini, Uqasha pernah ingin berjumpa dengan keluarga arwah tetapi ditolak dan dia hanya menyerahkan kes ini kepada peguamnya.

“Saya boleh saya jumpa keluarganya. Sebelum ini saya memang nak berdepan dengan dia (arwah) tetapi dia tak mahu. Sudah lama saya berdiam tentang hal ini, saya biarkan peguam saya buat kerja. Bagi saya tiada apa yang perlu dikomen”, jelasnya.

Terdahulu, pada awal tahun ini nama Uqasha Senrose telah naik di laman sosial disebabkan beliau didakwa menjadi pembuli di sekolah menengah selepas ada individu yang mendakwa pernah menjadi mangsa bulinya sewaktu zaman persekolahan. Kesan dari insiden buli itu, individu tersebut telah mengalami tekanan dan kemurungan.

Kredit: Twitter (X) wnhsevond, Mstar

[fbcomments]