fbpx

Seorang pengamal media bernama Kamal Abas, 51, dilaporkan telah membuat laporan polis selepas individu lain memuat naik hantaran yang berbaur jelek dan biadap di laman X. Mesej tersebut menghina anggota tentera yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas semasa menjalani raptai di ruang udara Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut kelmarin.

Pengamal Media Buat Laporan Polis

Memetik laporan Berita Harian, difahamkan Kamal membuat laporan polis pada malam semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian ke atas pemilik akaun X yang menggunakan nama Saifuddin Shafik.

“Dia (Saifuddin Shafik) telah beri komen dengan perkataan ‘Baru raptai dah mampos.Tak sempat nak perang’. Perkataan biadap itu sepatutnya tidak dikeluarkan ketika ramai rakyat khususnya kaum keluarga mangsa sedang dalam kesedihan kerana kehilangan ahli keluarga,” katanya.

Tambah Kamal lagi, perbuatan seperti itu telah melampaui batas norma tatasusila sebagaimana ia tercatat dalam rukun negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Beliau turut mengharapkan agar pihak berkuasa dapat mengenakan hukuman setimpal terhadap individu terbabit sebagai pengajaran.

Dalam pada itu, Kamal juga memohon agar mana-mana pengguna media sosial di luar sana yang terlihat mana-mana kiriman atau komentar yang menghina mangsa kejadian turut mengambil tindakan untuk membuat laporan polis.

Kredit: Berita Harian

[fbcomments]