Satu video yang kini menjadi tular di media sosial menunjukkan seorang wanita memotong kuku kaki teman lelakinya di Pantai Morib, Selangor telah menarik perhatian ramai.
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZS21t42KQ/
Belum Berkahwin Tapi Dah Kena Potong Kuku Tunang
Video tersebut dimuat naik oleh TikToker bernama Sam Lim, di mana mereka yang dipercayai pasangan tunang ini sedang berehat di bawah sebatang pokok.
Mereka ditawarkan dua pilihan ganjaran sama ada mahukan RM100 atau hadiah misteri, tetapi untuk mendapatkan hadiah misteri itu, mereka perlu menyelesaikan satu permainan terlebih dahulu.
Namun begitu, reaksi netizen terhadap video ini sangat pelbagai. Ramai diantara mereka yang mengkritik tindakan wanita tersebut, menyifatkan ia melanggar norma sosial memandangkan mereka belum mempunyai ikatan rasmi yang sah.
Beberapa individu yang sudah berkahwin juga menambah, mereka tidak pernah membuang kuku pasangan kerana bimbang akan risiko kecederaan.
Dalam masa yang sama, ramai netizen menasihatkan pasangan ini untuk lebih menjaga adab dan menghormati ajaran agama, terutama dalam tindakan yang dilakukan di tempat awam.
Mereka mengingatkan bahawa perbuatan seperti ini boleh mencetuskan persepsi negatif dan memberi kesan buruk kepada imej mereka.
Kredit: TikTok Sam Lim