Saya maafkan sesiapa saja dengan apa yang terjadi (fitnah gangguan seksual). Orang di luar sana mungkin boleh nilai sendiri.

Itulah antara kata-kata yang dikeluarkan oleh pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ketika ditemui di luar Ibu pejabat Polis Bukit Aman bagi membantu siasatan dakwaan gangguan seksual.


Seperti kita semua sedia maklum, hari ini Ustaz Ebit Lew telah dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual yang dikaitkan dengan dirinya seperti tular di media sosial baru-baru ini.

Jelas beliau lagi, kejadian terbabit sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat sehingga akhir hayatnya.

Alhamdulillah syukur, Allah SWT menentukan segala-galanya. Saya percaya hidup ini hanya satu tujuan untuk Allah sayang.

Saya dipanggil membantu siasatan, saksi terhadap pertuduhan. Ini fitnah yang kejam dan melampau, saya reda.

Menurut beliau, apa yang berlaku terhadpa dirinya ini membuatkannya semakin bersemangat untuk membantu golongan yang susah.


Saya akan teruskan kebaikan ini sampai bila-bila, sampai mati.

[fbcomments]