Baru-baru ini terjadinya sebuah insiden yang mengejutkan orang ramai dimana sebuah pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur telah menyebabkan beberapa kerosakan lebih daripada 20 buah kereta dan seorang individu dilaporkan maut.
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSYe1fXAH/
Lelaki Terselamat Dalam Insiden Pokok Tumbang Walaupun Kereta Hancur
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Abdul Hayyi Al Hakimi Nazli, 26, di laman TikTok, difahamkan beliau salah seorang pemandu yang terselamat walaupun kereta yang dipandu total lost selepas dihempap.
Dalam kapsyen yang disertakan dengan beberapa keping gambar, beliau meluahkan rasa syukur masih diberikan umur yang panjang walaupun sempat berada di hospital kerana mengalami kecederaan.
“Alhamdulillah masih diberi nafas. Walau ada yang ingat owner Bezza merah telah meninggal,” tulisnya.
Reda Satu-Satunya Kenderaan Untuknya Cari Rezeki Hancur Sekelip Mata
Menurut Abdul Hayyi yang juga merupakan pemandu e-hailing, difahamkan kereta tersebut adalah satu-satunya kenderaan untuknya mencari rezeki. Namun beliau terpaksa akur dengan ketentuan yang sudah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa.
Beliau turut mendedahkan sebelum kejadian, dia baru sahaja selesai menunaikan solat zohor di masjid dan memohon doa agar diberi keselamatan dan dipermudahkan urusan mencari rezeki.
Namun siapa sangka, tidak lama selepas itu dia terbabit dalam insiden tersebut dan syukur masih diberi kesempatan untuk bernafas meskipun ada mangsa yang terkorban.
Kredit: TikTok hayyi_kimi