fbpx

Baru-baru ini Inspektor Sheila ada memaklumkan bahawa beliau mencari kekasih hati memandangkan dirinya itu masih solo. Berita itu juga telah menarik perhatian media serta rakan-rakan pempengaruh di media sosial untuk cucuk “line” keatasnya.

“Selepas tular cerita mengenai status saya yang bujang, keluarga ada tanya kenapa beritahu dan ramai juga bertanya mengenainya”, kata Sheila.

Ada Letak Syarat Dan Kriteria Untuk Bakal Kekasih

“Saya tak kisah rupa paras, tak terpikat dengan muka handsome tapi lagi suka lelaki muda. Satu bonus buat mereka jika boleh buat saya yang tegas ini jadi manja”, ujar kata-kata Sheila yang dipetik dari sumber BH Online.

Beliau juga menetapkan lelaki pilihannya mestilah bujang, tidak mengongkong, aktif bersukan dan yang paling penting adalah menghormati wanita. “Lelaki kena fit, tak nak orang gemuk kerana apabila sudah berkahwin nanti, saya akan tengok muka dia 24 jam”, jelasnya lagi.

Ramai Lelaki Berkenan Dengan Inspektor Sheila, Tak Kira Bangsa Dan Agama

“Memang ramai lelaki nak berkenalan bukan setakat Melayu, Cina dan India. Tetapi juga Punjabi yang menetap di negara ini. Sebenarnya saya ada berkenalan juga dengan ramai lelaki Melayu dan ramai yang sporting malah saya terbuka saja”, katanya.

Namun, beliau menyatakan dia belum jumpa lelaki yang sesuai dimana tiada lagi lelaki yang lepas saringan untuknya.

Reaksi Sheila Apabila Iqbal Mahu Mendekatinya

Menurut Sheila, beliau tahu mengenai tentang Iqbal yang ingin mencucuk line terhadapnya melalui satu portal berita dan hairan apabila dirinya menjadi pilihan hati. “Saya tak kenal dia secara peribadi, tak tahu dia artis atau tidak tetapi ada terbaca sebelum ini mengenai dia dengan Dato Seri Vida. Setakat ini saya tiada pula terima DM daripadanya”, jelas Sheila apabila ditemu bual oleh pihak Harian Metro.

Inspektor Sheila pelik dengan pilihan Iqbal kerana beliau memikirkan dia berkulit hitam manakala Iqbal mempunyai kulit yang putih, jadi mengapa beliau jadi pilihan? Tanda tanya yang terlintas di kepalanya itu.

Kredit: BH Online, Harian Metro

[fbcomments]