Pegawai Polis Kanan wanita yang tular sejak awal bulan yang lalu atau turut dikenali sebagai Inspektor Shiela akan dihadapkan ke Mahkamah Selayang, hari ini. Isu beliau yang terbabit dalam beberapa siri kekecohan di laman media sosial telah meraih perhatian warga net serta pihak polis yang kini ditahan kerja akan berdepan dengan dua pertuduhan.

Akan Disabitkan Kesalahan Jika Pertuduhan Benar
Inspektor Shiela akan berdepan dengan dua pertuduhan iaitu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (melakukan ugutan) dan Seksyen 186 kanun yang sama (menghalang tugas penjawat awam).
Kedua-dua tuduhan tersebut boleh membawa hukuman maksimun penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali bagi tuduhan ugutan. Manakala beliau boleh dipenjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan menghalang tugas penjawat awam.

Sudah Digantung Tugas Sehingga Siasatan Selesai
Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail pada sidang media Khamis lalu, beliau berkata pegawai polis terbabit sudah digantung tugas dan arahan itu telah berkuat kuasa sehingga proses siasatan keatasnya selesai.
Beliau turut menambah sebanyak enam kertas siasatan tatatertib dibuka oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIP) Bukit Aman berkait dengan kes yang dihadapi oleh pegawai viral wanita terbabit.
Kredit: Harian Metro