fbpx

Umum mengetahui apa yang terjadi antara instafamous dan duta Eira dan Suharnizaan. Menurut Suharnizan, kata cacian yang didakwa dilakukan personaliti itu telah menyentuh rupa fizikalnya.

BACA : [VIDEO] “Hei Babi, Lahanat, Anak Haram…” – Usahawan Kecantikan Sombong & Tiada Adab

Peguam kepada Suharnizan berkata, pihaknya telah menghantar notis tuntutan sivil kepada personaliti terlibat. Antara tuntutan itu adalah personaliti itu diminta untuk memohon maaf secara terbuka dan membayar kos pampasan serta ganti rugi dalam tempoh 14 hari.

Tetap didakwa

Jelas peguam tu lagi, walaupun terdapat permohonan maaf yang dibuat ‘influencer’ itu, namun isu ‘body shaming’ boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara dalam tempoh tidak melebihi satu tahun, denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Memang nampak dia ada buat permohonan maaf melalui FB, tapi saya rasa makian yang dibuat pada klien saya adalah lebih lapan minit. Kalau dia nak minta maaf, kita akan sediakan skripnya termasuk pengakuan tidak akan buat lagi, tidak akan mengatakan benda negatif terhadap klien kami, tuntutan ganti rugi dan sebagainya.

Kalau perkara itu boleh dipersetujui atau ‘make an offer’ untuk kita selesaikan luar mahkamah. Tapi kalau dia senyap, kita boleh cari dia atau kalau tidak, kita terpaksa berjumpa di mahkamah.

Saman sebanyak RM2 Juta

Terbaru, diberitakan oleh kawan nya, Puan Suharnizan ni telah filekan saman malu sebanyak RM2 juta kepada orang yang menghina dia sesuka hati tanpa rasa bersalah.

[fbcomments]