Serangan udara rejim Israel pada Selasa semalam ke atas sebuah hospital di Gaza telah membunuh kira-kira 500 orang, yang dimaklumkan oleh pihak berkuasa kesihatan Palestin.

Angka Kematian Yang Tertinggi Setakat Ini

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Reuters, Israel bagaimanapun cuba menafikan tindakan mereka dengan mendakwa letupan tersebut adalah berpunca daripada serangan tentera pejuang dari Palestin sendiri. Dikatakan angka kematian penduduk di Gaza kini adalah yang tertinggi berbanding serangan yang lain.

Menurut Menteri Kesihatan Palestin iaitu Mai Alkaila, beliau menyatakan bahawa Israel bertanggungjawab atas pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Hospital Al-Ahli al-Arabi.

Letupan Yang Dilakukan Israel Telah Membunuh Ratusan Nyawa

Serangan rejim Israel itu telah membunuh ratusan orang dan berlaku semasa operasi serangan bertubi-tubi tentera Israel selama 11 hari di Gaza sejak 7 Oktober lalu. Hamas memaklumkan letupan yang dilakukan kebanyakannya membunuh orang yang kehilangan tempat tinggal.

Serangan secara besar-besaran ini berlaku pada malam sebelum lawatan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden ke Israel bagi menunjukkan sokongan kepada rejim Zionis itu dalam peperangan dengan Hamas.

Kredit: Reuters

[fbcomments]