Perkembangan rumah tangga pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim terus menjadi perhatian selepas isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril tampil menjelaskan punca di sebalik tindakan memfailkan perceraian.

Isteri Faisal Halim Dedah Pergolakan Rumah Tangga, Akui Pernah Diceraikan Sebelum Ini

Menerusi hantaran di Instagram Story, Syazwani mengakui keputusan itu dibuat dengan penuh pertimbangan kerana bukan sesuatu yang mudah baginya selepas pelbagai pengorbanan dilakukan sepanjang bersama suami.

Menurutnya, beliau sentiasa berada di sisi Faisal ketika melalui pelbagai fasa hidup, sama ada saat kejayaan mahupun ketika diuji kesakitan.

“Saya sudah berkorban seluruh jiwa untuk keluarga, dari susah hingga berjaya, dari tidak dikenali sehingga dipuja, dari sakit hingga kembali sihat,” luahnya.

Syazwani turut mendedahkan bahawa ini bukan kali pertama perkahwinan mereka berdepan ujian besar. Katanya, beliau pernah melalui episod perceraian sebelum ini dan berusaha mempertahankan rumah tangga, namun hubungan itu terus diganggu campur tangan pihak ketiga.

“Malah ibu saya sendiri pernah diminta untuk mengambil saya semula. Walaupun berat hati, saya akur dengan keputusan itu,” katanya.

Untuk rekod, Faisal Halim atau mesra disapa Mickey mendirikan rumah tangga dengan Syazwani pada 9 Mac 2019. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Khalish Aryan yang kini berusia lima tahun.

Kredit: Instagram nrsyxzwnyy

 

[fbcomments]