fbpx

Isteri kepada penyanyi terkenal Mawi, iaitu Ekin Rahmat baru-baru ini dikejutkan dengan caj makanan yang dikenakan oleh mereka sekeluarga apabila mereka menyinggah di sebuah kedai makan makanan laut yang terletak di Johor Bahru. Menerusi laman Instagram miliknya, beliau memuat naik gambar resit yang memaparkan harga yang dikenakan oleh premis tersebut agak kurang tidak masuk akal kerana ianya terlalu mahal.

Terkejut Dengan Jumlah Harga Yang Dikenakan

Berdasarkan hantaran yang dikongsikan di laman Instagram @ekinmawi_cahaya, kelihatan Ekin merakam resit yang diterimanya selepas menikmati makan malam bersama keluarga beserta harga yang dipaparkan sebanyak RM1,260. Beliau juga sempat merakam di mana gerai tersebut terletak, namun bukan niatnya untuk menjatuhkan perniagaan mana-mana pihak, cuma beliau agak terkejut dan inginkan pendapat para netizen yang biasa makan di kedai berkenaan dengan harga yang dikenakan.

Tak Sangka Akan Dikenakan Harga Mahal Macam Ni

Tambahnya lagi, beliau yang merupakan orang Johor sememangnya mencari makanan yang memikat selera diri dan keluarganya. Akan tetapi pada hari itu, ketika dia tiba di gerai kegemarannya, ikan yang selalu diidamkan habis dan memaksa dirinya berpaling ke arah gerai yang tidak pernah terlintas di fikirannya sebelum ini.

Kementerian Bakal Jalankan Siasatan

Susulan kejadian ini telah mendapat perhatian ramai, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Johor kini sedang meneliti dakwaan tersebut dan pemilik restoran boleh diberi notis kompaun jika mereka tidak memaparkan harga makanan mereka.

“Adalah menjadi kesalahan sekiranya harga yang dipamerkan berlainan dengan harga yang dicas pada pelanggan”, jelasnya.

Tambah pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Johor, mereka akan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Seksyen 21 memperuntukkan penyiasatan mengenai cara restoran itu mengira harga dan jika terdapat cubaan mengaut keuntungan.

Individu yang didapati bersalah di bawah Akta yang dinyatakan boleh didakwa di mahkamah dengan denda sehingga RM100,000, penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya, bagi kesalahan pertama. Bagi pesalah berulang, denda boleh sehingga RM250,000, penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Kredit: Instagram ekinmawi_cahaya, The Star

[fbcomments]