fbpx

Mayat seorang lelaki berusia 67 tahun ditemui di sebuah sawah padi di Simpang Empat, Kedah oleh seorang rakan selepas dia dilaporkan gagal pulang ke rumah pada hari Sabtu yang lalu.

Isteri Risau Suami Tak Balik Rumah Untuk Makan Tengah Hari

Memetik laporan The Star, difahamkan pihak polis memberitahu bahawa isteri mangsa telah meminta bantuan daripada seorang rakan untuk mencari suaminya sebelum mayatnya ditemui pada jam 2.45 petang pada hari sama.

“Dipercayai kematian mangsa berlaku antara pukul 9.30 pagi hingga 2.30 petang.

“Siasatan kami mendapati mangsa keluar dari rumah untuk bekerja di sawah padi pada pukul 7.15 pagi. Dia masih kelihatan di kawasan sawah pada pukul 9.30 pagi, namun gagal pulang ke rumah untuk makan tengah hari pada pukul 1.30 petang.

“Pada pukul 2.45 petang mangsa ditemukan meninggal dunia dengan keadaannya terbaring di dalam sawah padi yang sedang diusahakan,” jelas polis menerusi satu kenyataan.

Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah pada badan mangsa, mayat seterusnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah untuk proses bedah siasat.

Kredit: The Star

[fbcomments]