Seorang wanita sanggup berjalan kaki sejauh dua kilometer semata-mata untuk bertemu suaminya yang ditahan pihak polis dalam satu operasi bersepadu membanteras samseng jalanan di sekitar Klang pada Ahad.

Suami Ditahan Kerana Merempit, Isteri Sanggup Jalan Kaki 2KM Tanpa Kenderaan

Wanita berkenaan yang baru beberapa bulan mendirikan rumah tangga dilaporkan tidak mempunyai kenderaan lain untuk ke lokasi kejadian selepas menerima makluman bahawa suaminya telah ditahan oleh pihak berkuasa dalam operasi tersebut.

Menurut laporan Sinar Harian, wanita itu memaklumkan bahawa suaminya tidak mengendahkan nasihat yang telah diberikan sebelum ini agar tidak melibatkan diri dengan kegiatan samseng jalanan termasuk menunggang motosikal secara melulu serta melakukan aksi berbahaya di jalan raya.

Terdahulu, pihak polis melaksanakan Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di beberapa lokasi tumpuan di Klang bagi menangani aktiviti lumba haram dan aksi berbahaya yang mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Beberapa individu telah ditahan dalam operasi itu termasuk penunggang motosikal yang dikesan melakukan aksi ekstrem dan tidak mematuhi undang-undang lalu lintas.

Kredit: Sinar Harian

 

[fbcomments]