Susulan teguran terbuka yang dibuat oleh jurulatih kecergasan Tareq Fit berhubung isu berat badan pempengaruh cilik Abang Aji, bapa kepada kanak-kanak itu tampil memberikan penjelasan berkenaan perkara tersebut.

@wan.belida.1

Sekian ulasan hari ini #bangaji

♬ bunyi asal – wan belida 1 – wan belida 1

Isu Berat Badan Abang Aji, Bapa Tampil Jelaskan Konten Hanya Lakonan

Menerusi satu hantaran video di platform TikTok, Mohd Redzuan Zainol memaklumkan bahawa kandungan yang dimuat naik melibatkan anaknya hanyalah rakaman yang telah disunting bagi tujuan hiburan dan tidak mencerminkan situasi sebenar.

“Video yang dia makan itu hanya konten, diedit dan tak betul pun. Jangan percaya kepada video itu, saya buat seolah-olah orang percaya sebab saya yang edit,” jelasnya.

Menurut Redzuan, anaknya hanya berlakon dan peranannya dalam media sosial adalah untuk menghiburkan penonton. Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak mengambil serius isi kandungan video tersebut, terutamanya jika tidak memahami konteks di sebaliknya.

Mengulas lanjut, Redzuan menyatakan dirinya tidak berhasrat untuk membalas teguran secara beremosi, namun terpanggil untuk memberi penjelasan selepas menerima pelbagai reaksi dan komen daripada pengguna media sosial.

“Saya bukan nak sombong tapi komen-komen semua pelik. Saya ini bapanya jadi saya akan jaga dia dengan baik. Satu Malaysia sayang dia, takkan saya tak sayang dia pula,” katanya.

Jelas beliau, pemakanan anaknya sentiasa dipantau dan diet yang diamalkan jauh berbeza daripada tanggapan umum. Abang Aji, katanya, tidak mengambil makanan ringan secara bebas dan hanya makan dalam kuantiti yang terhad setiap hari.

“Dia makan dua kali sahaja dalam sehari, tak ambil jajan, tak minum air manis, dan hanya sesekali diberi gula-gula atau ais krim. Sumber utama pemakanannya adalah susu,” tambahnya lagi.

Redzuan turut menegaskan bahawa bentuk badan anaknya dipengaruhi oleh pengambilan susu dan bukan kerana pemakanan tidak sihat seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Dia hanya makan sehari hanya dua kali sahaja. Badannya begitu adalah kerana susu, kalau dia berhenti minum susu, dia akan kurus,” ujarnya.

@tareqfit

#fypmalaysia🇲🇾tiktok❤️ #fypmalaysia🇲🇾tiktokviral #fypmalaysia🇲🇾tiktokviralmalaysia

♬ original sound – TAREQ FIT – TAREQ FIT

Terdahulu, Tareq Fit dalam satu video menyatakan kebimbangan terhadap tahap kesihatan Abang Aji apabila menyedari perubahan fizikal yang dilihat tidak sepadan dengan usianya.

Kredit: TikTok wan.belida.1

 

 

[fbcomments]