fbpx

Semalam, bekas kakak ipar kepada Ali Puteh iaitu Noor Hidayah Mohd Ali telah membuat pendedahan terbuka berkenaan hutang samannya yang masih belum dijelaskan oleh Ali puteh sejak berbulan-bulan lepas. Kenyataan tersebut dikongsikan di laman Instagram milik Hidayah untuk memberi peringatan agar Ali tidak lupa untuk membayar saman yang dikenakan terhadapnya.

Ali Puteh Sedang Rancak Niaga Sambal Petai

Ali yang kini sedang rancak berniaga sambal petai sering memaklumkan di live TikTok miliknya bahawa sambal keluarannya laku dijual. Walaupun begitu, Ali yang masih berhutang saman terhadap Hidayah tidak mahu mengulas sebarang kenyataan susulan isu yang diketengahkan semalam kerana mahu fokus perniagaannya terlebih dahulu.

“Saya bertindak matang kali ini, tak ada nak keluar kenyataan. Saya mahu fokus dengan perniagaan”, jelasnya.

Kalau Layan Nanti Masalah

Sementara itu, Ali juga mengakui bahawa selepas kakak iparnya berkongsi kenyataan yang dibuat secara terbuka semalam, beliau mendapat banyak panggilan dari pihak media untuk mendapatkan ulasan dan penjelasan dengan lebih terperinci. Namun, Ali enggan untuk menyahut kesemua panggilan tersebut kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang boleh memberi kesan terhadap dirinya juga.

“Media banyak menghubungi saya. Cuma saya tak mahu layan. Kalau layan jadi masalah. Saya ambil tindakan bijak, masak sambal seperti biasa dan fokus kepada perniagaan”, ujarnya lagi.

Ramai Dengki Lihat Ali Berniaga

“Biasalah saya tengah seronok berniaga. Mana boleh orang tengok kita senang. Bila berniaga ini, tidak ada orang lain nak menjatuhkan selain orang kita. Jadi, jangan layan. Dah masuk tiga tahun, benda kecil macam ni takkan tak boleh urus. Yang saya tahu, teruskan berniaga macam biasa”, jelas Ali.

Kredit: OhMyMedia

[fbcomments]