Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa selepas kereta miliknya disekat dan ditampal dengan pelekat merah oleh individu dipercayai jirannya sendiri, berpunca daripada perselisihan berkaitan isu tempat letak kereta.

@muniswaranharirama

sahabt2 semua tolong tambi please , ape yg skrng tambi nk buat 😭 dalam hidup tambi first time yer hadap pak cik yg xde xde adab 😭 @pdrmmalaysia

♬ original sound – Tambi Mamat TAKAFUL AIA – Tambi Mamat TAKAFUL AIA

Perselisihan Isu Parkir, Lelaki Kesal Kereta Disekat dan Ditampal Pelekat Merah oleh Jiran

Menerusi perkongsian di TikTok, lelaki dikenali sebagai Tambi Mamat memaklumkan kejadian itu berlaku di kawasan perumahannya yang berdepan masalah kekurangan parkir. Tambi menjelaskan bahawa ruang parkir di taman perumahannya sering dipenuhi oleh kenderaan milik penghuni flat berhampiran serta beberapa kereta yang sudah lama tidak dialihkan.

Menurutnya lagi, keadaan ini memaksa penduduk setempat untuk menggunakan lorong sebagai alternatif bagi meletakkan kenderaan masing-masing. Tambi mendakwa, pada hari kejadian sekitar jam 6.30 pagi, dia baru pulang dari pasar dan gagal menemui ruang parkir kosong, menyebabkan dia terpaksa mengalihkan halangan tanda ‘cop parkir’ yang dipercayai diletakkan jirannya yang sudah lanjut usia.

Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan jirannya yang kemudian datang ke rumah dan memarahinya kerana ‘mengambil’ ruang parkir tersebut.

“Dia blok kereta saya rapat-rapat, kemudian datang rumah saya dan menengking. Katanya saya ambil parkir dia. Tapi kalau semua orang nak cop, macam mana orang lain nak parkir?” kata Tambi menerusi videonya.

Tambi turut menunjukkan keadaan keretanya yang ditampal dengan pelekat merah sebagai bentuk protes oleh jiran berkenaan. Menurutnya, ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku dan menyatakan bahawa sebelum ini penduduk di kawasan itu lebih bertolak ansur antara satu sama lain.

@muniswaranharirama

terima kasih kepada semua yg tunjuk ajar saya , saya dh laksanakan bahagian sya yg lain tu biar pihak penguatkuasa jalankan tugas . semoga dipermudah segala urusan kita semua ,, selamat malam 🦾

♬ original sound – Tambi Mamat TAKAFUL AIA – Tambi Mamat TAKAFUL AIA

Ekoran kejadian itu, Tambi memutuskan untuk membuat laporan polis selepas menerima cadangan daripada netizen agar menyelesaikan isu berkenaan melalui saluran undang-undang.

Namun begitu, Tambi memaklumkan perkembangan positif apabila wakil keluarga jirannya datang ke rumah untuk berbincang dan menyelesaikan perkara tersebut secara baik.

Kredit: TikTok muniswaranharirama

 

 

[fbcomments]