Seorang bapa kepada lima anak didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka atas pertuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap anak sulung perempuannya, yang berusia 18 tahun, pada bulan Mei 2021 lalu.
Tertuduh berusia 39 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja dua pertuduhan dibacakan.
Mengikut pertuduhan pertama tertuduh didakwa dengan sengaja telah melakukan persetubuhan terhadap anak kandung perempuannya berusia 18 tahun dua bulan kira-kira pukul 1 pagi di sebuah rumah di Jasin pada 23 Mei 2021.
Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan dikenakan sebatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Memetik laporan Kosmo, mangsa telah dijadikan hamba seks oleh tertuduh sejak dia berusia tujuh tahun, namun hanya tampil membuat laporan polis pada bulan Mei 2021 lalu.