Dimaklumkan seorang lelaki etnik Rohingya telah melarikan diri daripada Pusat Kuarantin COVID-19 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Tanjung Rambutan, Ipoh.
Mempunyai gejala Covid-19
Lelaki itu disedari hilang ketika petugas Kementerian Kesihatan membuat pemantauan kesihatan terhadap mereka yang dikuarantin di Blok e-2-83 pada jam 11 pagi semalam.
“Pihak KKM mendapati satu warganegara Rohingnya bernama Rohim Mohd Zokaria, 27, tiada di dalam bilik yang sudah dikhaskan…”
Dikenali sebagai Rohim Mohd Zakaria, digambarkan berbadan tegap, anggaran berat lebih kurang 65 kilogram (kg), berambut hitam pendek lurus ketinggian kira-kira 165 sentimeter (sm) hingga 168sm.
Difahamkan, dia dimasukkan ke Hospital Slim River setelah didapati mempunyai gejala COVID-19. Hasil saringan di hospital menunjukkan dia negatif dari jangkitan COVID-19.
Belum sempat buat saringan awal, dah cabut lari
Dia kemudian dihantar ILKKM untuk dikuarantin selama 14 hari pada jam 5 petang Sabtu lalu, namun belum sempat saringan awal dibuat lelaki itu didapati tiada di dalam pusat kuarantin.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988 (Akta 342).